Sunday, April 22, 2012

Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN, Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN, menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN. Tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa, Tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA, Ya ALLAH, Kuatkanlah hati ini...InsyaALLAH, Amin...
“Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu dunia.” (Imam Al-Ghazali)
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat. Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ' KEAZAMAN UNTUK BERJAYA di atas kegagalan anda semalam binalah bangunan hidupmu buat hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, ukirkan menara-menara yang hebat, bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan. Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
Ada masanya Allah s.w.t. MEMBERIKAN apa yang kita minta di dalam doa, tetapi Dia juga banyak MENARIK BALIK apa yang kita tidak perlu. Adakalanya Allah s.w.t. TIDAK MEMBERIKAN apa yang kita minta di dalam doa, tetapi Dia banyak MENGANUGERAHKAN apa yang kita tidak sangka-sangkakan.
Sahabat Hikmah… Pernah patah hati? Pernah sakit hati? Pernah kecewa luar biasa? Tau cara menyembuhkan hati yang luka? Obat nya, dan sangat mujarab. Cara menyembuhkan hati yang luka adalah dengan meMAAFkan hal yang telah melukai hati kita, agar dapat melangkah kedepan lebih ringan. Diri kita berhak untuk bahagia, jangan sampai terbelenggu oleh rasa sakit hati, kekecewaan yang tidak berkesudahan, masih banyak hal indah yang dapat kita temukan diluar sana, untuk apa merenungi dan menyesali hal yang tidak ada gunanya. Berani mati tidaklah luar biasa.. namun, berani tetap hidup pada saat tidak ada lagi yang kita miliki.. itu baru luar biasa!. Hidup itu indah, dan masih akan banyak hal luar biasa yang belum kita temukan dalam hidup kita…! SEMANGAT !
Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi.. Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai.. Biarkan kegelisahan lenyap jgn kte hilang semangat.. Biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kite jana semula.. Biarkanlah diri ini derita agar aku tahu kepahitan derita ini agar aku sedar kesengsaraan ini pasti ada hikmahnya..

Thursday, April 19, 2012

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR… Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.” Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa. Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.” Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja. Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya? Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.” Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar. Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!